Wednesday, November 18, 2009

PROFILE ANJONG KILAU JERAM CHARANDONG

PENGENALAN

Ditubuhkan pada awal tahun 2000 dengan hanya bemodalkan wang sendiri dan menyimpan hasrat untuk membangunkan tanah ini sebagai tempat riadah dan tapak perkhemahan. Dalam pada yang sama ingin menambah perbagai alatan aktiviti dan tempat penginapan yang lebih selesa bagi pengunjung. Pengusaha juga lebih suka menitik beratkan keaslian hutan tanpa mencacatkan tumbuhan hutan disekitar tapak ini.Memandangkan aktiviti rekreasi luar semakin diminati oleh kebanyakkan rakyat Malaysia di masa kini, maka adalah wajar diwujudkan persatuan atau kelab yang dapat memenuhi keperluan ini secara langsung. Sektor pelancongan juga telah menjadi sektor yang amat penting di waktu krisis ekonomi kini. Tempat-tempat pelancongan yang menarik dan indah perlu diwujudkan bagi menarik minat rakyat tempatan dan luar untuk mengunjunginya. Dengan itu secara tidak langsung ia akan memberi faedah yang baik apabila cuti hujung minggu dipenuhi dengan pelbagai aktiviti riadah yang lebih memberikan pendedahan mengenai hidupan hutan dan tumbuh-tumbuhan hutan kepada warga muda terutamanya. Disamping dapat menenangkan fikiran jauh dari hiruk-piruk suasana kota yang membingitkan dan lupa seketika kerja-kerja di pejabat.Aktiviti-aktiviti lasak yang ingin diperkenalkan juga akan dapat menguji ketahanan fizikal dan mental, dalam pada yang sama dapat meningkatkan daya tahan diri setiap individu. Aktivi yang akan dijalankan adalah lebih extrem dan amat digemari ramai dewasa kini. Jurang perbezaan umur tidak memberikan apa-apa halangan yang membuatkan semua golong untuk melibatkan diri atau mencuba aktiviti –aktiviti sebegini.Program-program seperti “Summer Camp” , khemah kerja, kursus bina insan, motivasi dan lain-lain akan menjadi teras kepada aktiviti kami. Pada masa yang maju sekarang dengan pelbagai aktiviti yang akan terus dilaksanankan oleh kami dalam masa yang sama pihak persatuan juga akan cuba untuk mengatasi masalah sosial yang semakin meningkat. Oleh itu dengan penubuhan atau pembukaan kem ini ia dapat menarik lebih ramai pengunjung dari setiap lapisan masyarakat .


 

OBJEKTIF

1. Menjalankan aktiviti-aktiviti lasak dan menguji fizikal dan mental peserta-peserta dalam masa yang sama memupuk nilai-nilai murni yang dapat meninggalkan kesan mendalam diantara peserta dengan peserta dan diantara peserta dengan fasilitator/tenaga pengajar.
2. Memupuk semangat cintakan alam sekitar , global serta peka untuk mengatasi masalah persekitaran contohnya pencemaran dan kepupusan hidupan hutan.
3. Menjadikan aktiviti rekreasi sebagai satu cabaran untuk menjana kehidupan sihat, memenuhi masa lapang di hujung minggu. Dalam pada yang sama untuk menyedarkan golongan muda betapa pentingnya penjagaan hidupan hutan dan juga bagi mengelakkan terjadinya gejala yang kurang elok dikalangan remaja masa kini.
 

PERKHIDMATAN

Ø Menyediakan tapak perkhemahan disamping khemah yang disewakan.
Ø Menyediakan kemudahan rekreasi seperti berkayak, jungle tracking, Night Tracking Nature Walk serta aktiviti-aktiviti lain.
Ø Menyediakan program dan juga Kem Motivasi bagi mereka yang tidak menyediakan program (Perbincangan dialu-alukan)
Ø Menyediakan perkhidmatan latihan pengendalian dan latihan pertolongan cemas.
Ø Menyediakan latihan untuk aktiviti “Survival” dan bantuan yang berkaitan.
Ø Menganjurkan aktiviti lawatan ke destinasi pelancongan berasaskan alam semulajadi (Nature Based)

 

SASARAN PELANGGAN
Ø Pelajar sekolah
Ø Penuntut IPTA dan IPTS, Kolej
Ø Kumpulan Belia setempat Jawatankuasa Penduduk Negeri dan Kebangsaan
Ø Ahli-ahli kelab rekreasi domestik dan juga luar negara
Ø Ahli Kelab Rakan Muda
Ø Individu-individu (Pelancong Tempatan dan Luar Negara)
Ø Kelab-Kelab antarabangsa yang berkaitan
Ø Orang perseorangan



PAKEJ DAN AKTIVITI YANG DISEDIAKAN

PAKEJ JATI (PELAJAR)3hari 2malam

Pakej 1
• ‘River Crossing'
Mendaki Bukit Kutu/ Jungle Traking
• Khemah• Ceramah Motivasi
• Menjalankan aktiviti malam
• Makan dan minum

Pakej 2
• ‘River Crossing’
• Permainan Air
• Khemah
• Ceramah Motivasi
• Menjalankan aktiviti malam
• Makan dan minum

Pakej 3
• ‘River Crossing’
• Sewaan Khemah
• Ceramah Motivasi
• Makan dan minum



PAKEJ TEPUS (DEWASA)
3 Hari 2 Malam
Pakej 1
3hari 2malam
• Jungle Tracking
• River Crossing
• Tali Beracun
• Talian Kasih
• Night Tracking
• Makan dan minum
• Khemah

Pakej 2 (3Hari 2Malam)
• Pendakian Bukit Kutu (Tidur di Bkt Kutu)•
Makan dan minum (Sebelum mendaki , semasa mendaki dan turun dari mendaki)
• Khemah
• Pengangkutan


Pakej 3
-Survival (Penyediaan bahan)
-Jungle Tracking
-Night Tracking / Burung Hantu
-Khemah
-Makan dan minum

Pakej Berasingan
-Sewa tapak
-Sewa Khemah
-Generator
-Pelita
-Aktiviti-aktiviti Lasak
-Makan dan Minum
-Survival 1 , 2 dan 3


KEMUDAHAN YANG DISEDIAKAN
-Tandas
-Tempat Persalinan Pakaian
-Tempat Letak Kenderaan
-Tempat Masak / BBQ

1 comment:

  1. salam perkenalan, macam mana nak dapatkan maklumat lanjut tentang pakej2 yang disediakan serta perincian bayaran yang dikenakan...TQ

    ReplyDelete